Ni adalah serba sedikit mengenai perangai aku kalau mengikut tarikh lahir, yang aku tengok berdasarkan kajian2 yang dipaparkan di internet. korang search la sendiri kalau nak tahu. Tak semuanya betul, tapi saje aku nak post..
Sangat suka didamping. |
Banyak berahsia dan sukar dimengerti |
Agak pendiam kecuali dirangsang. |
Ada harga dan maruah diri. |
Tak suka menyusahkan orang lain tapi tidak marah apabila disusahkan. |
Mudah dipujuk dan bercakap lurus. |
Sangat menjaga hati orang lain. |
Sangat peramah. |
Emosi sangat mendalam tapi mudah terluka hatinya. |
Berjiwa sentimental. |
Jarang berdendam. |
Mudah memaafkan tapi sukar melupakan. |
Tidak suka benda remeh-temeh. |
Membimbing cara fizikal dan mental. |
Sangat peka, mengambil berat dan mengasihi serta penyayang. |
Layanan yang serupa terhadap semua orang. |
Tinggi daya simpati. |
Pemerhatian yang tajam. |
Suka menilai orang lain melalui pemerhatian. |
Mudah dan rajin belajar. |
Suka muhasabah diri. |
Suka mengenangkan peristiwa atau kawan lama. |
Suka mendiamkan diri. |
Suka duduk di rumah. |
Suka tunggu kawan tapi tak cari kawan. |
Tidak agresif kecuali terpaksa. |
Lemah dari segi kesihatan perut. |
Mudah gemuk kalau tak kawal diet. |
Minta disayangi. |
Mudah terluka hati tapi lambat pulih. |
Terlalu mengambil berat. |
Rajin dalam membuat kerja

Dilahirkan sebagai diplomat. Mereka selalu memikirkan dan peka terhadap keperluan dan perasaan orang lain sebelum mengambil kira dirinya sendiri.Secara semulajadi sangat analitikal dan suka mengikut gerak hati. Mereka tidak suka bersendirian. Persahabatan adalah penting buat mereka dan berupaya mendorong mereka untuk berjaya di dalam hidup; tetapi mereka sanggup untuk bersendirian jika hubungan yang terjalin itu tidak serasi.Golongan ini secara semulajadi adalah pemalu, mereka patut belajar ntuk meningkatkan nilai kendiri (self esteem) dan meluahkan perasaan secara terbuka tanpa berselindung.
Dia bersifat peramah dan mudah perasa. Kepada teman-teman dia bersifat lembut & bijaksana. Namun begitu dia tersisih dari teman-teman kerana rasa rendah diri yang terlalu menebal. Dia memerlukan suasana yang seimbang baik sewaktu berfikir mahupun dalam kehidupan seharian. Kelemahan yang paling menonjol ialah gugup dan selalu dihantui perasaan khuatir tetapi dia adalah seorang yang penjimat. Dalam urusan cinta, dia seorang yang tabah dan rela berkorban. |
0 comments:
Post a Comment